Tuesday, April 06, 2004

Kita Sebenarnya ...........

Kita sebenarnya......lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnya......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnya......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnya......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnya......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada sembahyang dan mengaji

Kita sebenarnya......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi

Kita sebenarnya......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum

Kita sebenarnya......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid

Kita sebenarnya......lebih suka memuji manusia daripada memuji Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnya......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnya......lebih suka ke konsert dan karaoke daripada ke ceramah agama

Kita sebenarnya......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnya......lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnya......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan

Kita sebenarnya......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

Kita sebenarnya......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat


TETAPI bila orang tanya ke mana arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

* Tapi Layakkah kita berada di Syurga milik Allah ??